Friday, March 11, 2011

Kursus + Jalan2 cari makan desaru + kota tinggi

Salam,

wah rasa agak dh lama gak xupdate blog nih, almaklumlah keje makin byk dan semakin sibuk. Pada 28 - 1 Mac 2011 , aku ada kursus di Desaru bertempat di Lotus Desaru beach resort - hotel lama berwajah baru . last masa aku study kt UTM dulu tahun 2005. huh..dah 6 tahun tak gi cni. Seingat aku hotel ni dulu hotel terbiar & hotel ini di renew & rebranding like new hotel. Ok la not bad , aku bg 3.5 bintang. sewa bilik sehari dlm RM2++ , tu murah sbb pegi ramai2 ,xpela boleh claim, xde hal nye. klau by individu mungkin dalam RM3++. Bilik dia mcm rumah sbb 2 tingkat, mmg sesuai sgt utk honeymoon, mmg best , tdo pon best, mandi best, ada mini wetworld lagi, mkn pon sdp... best3x

Time aku pegi nih hiway dari JB - desaru pon dah nak siap, sememangnya selepas ni desaru akan jadi lokasi percutian keluarga kerana dengan adanya kemudahan lebuhraya memudahkan perjalanan.




Time blk tu singgah jap mkn kt kota tinggi, setelah contact member2 yg tau tmpt mkn best ( Belangkas mahkota ) - nak tau lokasi tgh bandar kota tinggi , depan kipmart kalu tak salah.. AKu & member seangkatan ke gerai belangkas Mahkota utk makan tengahari, menunya adalah belangkas msk sambal + siput gonggong + kupang + dll(tak ingat dah).. mmg best ,rs mcm terapung2x diawangan. Seingat aku last time aku mkn belangkas masa umor aku 6tahun, maknanya dh 20 tahun tak mkn belangkas. mmg best..kt kedai tuh suma yg ada sambal pedas2 belaka. berpeluh2x , tp puas hati, mknn mmg fresh, segar hihi. aku attachkan belangkas msk sambal nih
.. jgn terliur lak.






Mkn 4 orang dlm RM65, ok ar kira murah,bukannye sng nk cari mknn eksotik nih, kat hotel pon blm tntu dpt cari belangkas nih.. hihi, lain kali blh dtg lagi..